Kalau Anda Sayangkan Buah Pinggang Anda, Amalkan 7 Cara Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Ini!! Jimat RM2000 Sebulan Kos Dialisis







1. Minum Air Kosong Dengan BanyakCecair yang banyak membantu membersihkan buah pinggang dengan efektif. Semua toksin yang terkumpul dalam badan akan dikeluarkan.
Minum air dengan banyak iaitu lebih daripada lapan gelas sehari jika cuaca panas. Minum air juga membantu mengatasi masalah batu karang.


2. Kurangkan Makanan Tinggi Gula dan GaramKurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam.
Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Banyakkan Minum Jus EpalSelain air masak, elok juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.
Lagi bagus ‘blend’ sendiri kerana jika dibeli, kandungan gulanya pula tinggi.

4. Makan Buah TembikaiMengandungi banyak air, anda boleh juga amalkan makan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang.
Lebih banyak anda berkumuh, lebih banyak toksin akan keluar daripada badan.

5. Masukkan Ikan Dalam Menu HarianMakan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardin.
Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

6. Elak MerokokAsap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak.
Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.
Jadi, sayangilah diri anda dan cuba elakkan merokok di tempat awam.

7. Jalani Hidup Yang AktifSelain mengawal makan, anda juga perlu selalu bersenam untuk mengelakkan obesiti yang boleh menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit.
Ini adalah kunci kepada pencegahan pelbagai penyakit!

Perlunya Menjaga Kesihatan Buah Pinggang Sejak AwalSementara ia masih berfungsi sepenuhnya, amalkan cara hidup yang sihat sedari awal. Sekali ia rosak, sudah tidak berguna lagi.

Sumber: SirapLimau


iklan bawah