Apakah Kematian Raja Abdullah 2 Tahun Lalu Petanda Kehadiran Imam Mahdi?







Antara peristiwa penting yang perlu diperhatikan oleh umat Islam akhir zaman ini ialah perkembangan yang berlaku di Tanah Hijaz (Saudi Arabia). Kerana antara tanda-tanda dekatnya akan kemunculan Imam Mahdi ialah berlakunya peristiwa seperti dikhabarkan dalam riwayat berikut;


عن رسول الله (ص):


(يحكم الحجاز رجل اسمه اسم حيوان, إذا رأيته حسبت في عينه الحول من البعيد, وإذا اقتربت منه لاترى في عينه شيئا, يخلفه أخ له اسمه عبدالله. ويل لشيعتنا منه, أعادها ثلاثا; بشروني بموته أبشركم بظهور الحجة)


مئتان وخمسون علامة: 122


fahdAkan diperintah tanah Hijaz (Saudi) oleh seorang lelaki bernama haiwan, jika kamu melihatnya dari jauh, kamu mengira matanya kuyu, jika kamu dekatinya kamu tidak lihat ada sebarang masalah pada matanya. Dia kelak akan digantikan oleh saudaranya bernama Abdullah. Celakalah sesiapa yang menjadi pengikutnya! - Diulanginya 3 kali - Berikan khabar gembira kepadaku tentang kematiannya, dan aku akan memberi tahu kamu khabar gembira tentang munculnya hujjah (Imam Mahdi).


Kita tahu bahawa Raja Abdullah adalah raja yang menggantikan Fahd, makna nama Fahd adalah nama seekor haiwan iaitu harimau kumbang.


Raja Abdullah hari ini telah meninggal dunia, dan Raja Salman bin Abdul Azis sebagai penggantinya


Saudi Arabia ataupun nama asalnya Hijaz adalah tempat terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat umat Islam, pastinya pergolakan yang berlaku disini akan memberi kesan yang besar terhadap dunia Islam.


Keputusan melantik pengganti Abdullah dari ahli keluarga yang paling tua iaitu Salman bin Abdul Aziz al-Saud tidaklah mengejutkan.


Salman yang 12 tahun lebih muda dari Raja Abdullah, sebelum ini memegang kuasa sebagai gabenor Riyadh sebelum menjadi menteri pertahanan selepas kematian Putera Sultan tahun 2012 yamg lalu. Semasa menjadi gabenor beliau telah menjadikan Riyadh (Najd) ibu negara Saudi itu dari sebuah bandar biasa menjadi bandar metropolis seperti Dallas, penuh dengan bangunan pencakar langit futuristik, seperti bangunan tertinggi di dunia, Kingdom Tower yang dimiliki oleh Putera al-Waleed bin Talal.


Sepeninggal Salman kelak, Yang tinggal hanyalah dua orang sahaja yang sering dikatakan sebagai raja pengganti, iaitu Putera Ahmad bin Abdul Aziz, sudah berumur tua juga, yang menggantikan Putera Nayef sebagai menteri dalam negeri, dan Putera Muqrin bin Abdul Aziz,; walaupun begitu terdapat keraguan terhadap Putera Muqrin kerana ibunya seorang Yaman. Tetapi keputusan Saudi saat ini menentukan Muqrin sebagai wakil putera mahkola paska Raja Salman.


Negara Saudi ini terkenal dengan "Piagam Abdul Aziz" yang tertulis, "selama anak-anak saya masih hidup, kekuasaan tidak akan berpindah kepada cucu-cucu saya", bahaya perselisihan akan bakal terjadi tentang siapa yang akan mewarisi tahta sekiranya anak anak Abdul Azis sudah meninggal dunia. Kerana kesemua saudara Raja Abdulah yang masih hidup telah lanjut usianya.


Mungkinkah selepas ini, tahta Arab Saudi bakal diwarisi oleh cucu Ibn Saud. Masalahnya sekarang siapakah di antara cucu-cucu Ibn Saud itu yang berkelayakan untuk mengambil alih takhta pemerintahan. Sudah pasti kesemua anak Raja-Raja yang pernah memerintah akan menuntut haknya.


Pastinya AS dan sekutunya akan memastikan bakal pewaris takhta negara tersebut sepihak dengannya. AS sudah pasti tidak mahu kehilangan sekutu utamanya itu. Menguasai Arab Saudi bermakna menguasai seluruh Dunia Islam dan yang lebih penting ialah akan dapat memastikan keselamatan negara Israel dan pendudukannya atas Baitulmaqdis.


Penguasaan atas Baitulmaqdis pula akan memastikan penguasaan AS dan Israel atas dunia keseluruhannya.


Menurut nubuwah, justru pembebasan Baitulmaqdis daripada cengkaman Zionis pastinya tidak akan tercapai tanpa terlebih dahulu membebaskan "2 Tanah Suci" (Makkah dan Madinah) dari penguasaan AS dan konco konconya.


tentera-berkudaMungkinkah apa yang sedang dan akan berlaku di Arab Saudi kini adalah "permulaan akhir zaman" yang mana bakal menyaksikan kemunculan Imam Mahdi sebagaimana hadis di bawah;


Ummu Salamah RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


"Manusia akan alami banyak perselisihan setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai'ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukun dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Sham akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida '(padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Sham dan Iraq untuk membai'ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan dibunuh; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah kerugian. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan mensholatkan beliau. "; - [Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].


Hadis di bawah ini juga mungkin berkaitan dengan apa yang telah diperbincangkan di atas. Sabda Rasululullah SAW;


"Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Beliau diam tapi kemudian kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kita ..?", (Rasulullah diam dan kembali berdoa): "Ya Allah, berkatilah Syam kami dan berkatilah Yaman kami", mereka berkata: "Ya Rasulullah, juga Najd kami .. ?? ", beliau SAW kemudian menjawab:" dari sana (Najd) akan muncul goncangan dan fitnah !, dan dari sana (Najd) akan muncul tanduk syaitan! "(Sahih Al Bukhari)

*Sumber dari eramuslim.com
First


iklan bawah